Thursday, April 25, 2013

ICT Pengerak Kemajuan Wanita

25 APRIL 2013 / 17 JAMADILAKHIR 1434H
==================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nurul Hanis Abd Halim
Gambar Oleh: Abdul Halim Husain
ICT PENGGERAK KEMAJUAN WANITA



UUM ONLINEMenyedari pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini, Pusat Kecemerlangan Asia Pasifik Dalam Pembangunan ICT Luar Bandar,International Telecommunication Union Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengadakan Girls In ICT Day di Dewan Seminar, Pusat Pengajian Perkomputeran (SoC) baru-baru ini.
Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Dasar dan Khidmat Pengurusan Sektor Komunikasi (KPKK), Mohamad Akhbar Mahbat berkata penggunaan ICT adalah sangat penting dalam dunia pekerjaan hari ini selain faktor ekonomi yang menjadi asas utama dalam pembangunan negara membangun.
“Tidak dinafikan ICT adalah penggerak kemajuan wanita dengan kemudahan internet  yang memberi peluang dan kemudahan kepada mereka mempelopori bidang ICT setanding dengan golongan lelaki dalam mengaplikasikan kemudahan yang ada melalui perniagaan online walaupun beroperasi di rumah,” ujarnya ketika merasmikan program Girls ICT Day di Dewan Seminar SoC UUM.
Dalam pada itu, hasrat penganjur turut disambut baik oleh seorang penyanyi yang sedang meningkat naik hasil perkembangan ICT, Ainan Tasneem.
“ ICT banyak mengubah kehidupan saya kerana pada mulanya saya menyanyi untuk suka-suka dan tanpa pengetahuan, kawan saya memuat naik video rakaman peribadi di youtube selepas itu syarikat rakaman mula menghubungi saya untuk menjadi artis rakaman,” ujarnya semasa membuat persembahan di  Girls ICT Day.
Maizatul Jannah Shahalan,17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Johor Bahru berkata rata-rata wanita pada hari ini mempunyai tahap pendidikan yang baik dan perkembangan dunia ICT membolehkan wanita berdiri sama tinggi dengan lelaki.
“Dari kecil saya memang minat ICT jadi saya tidak akan melepaskan peluang apabila ada program melibatkan ICT di sekolah,” katanya.
Tambahnya lagi, tunjuk ajar cikgu di sekolah dan montaj kejayaan wanita dalam bidang yang mencabar ini menambah minatnya untuk mempelajari ICT.
Turut hadir wakil Asia Pasific Institute for Broadcasting Development (AIBD), Rabi K C, Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Wan Rozaini Sheik Osman, Pegawai-pegawai daripada Unit Pengurusan Maklumat Pejabat Setiausaha Kuala Terengganu, guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru.
Sementara itu, di antara ikon lain yang berjaya menempa nama dalam bidang ICT ialah Hafizah Ahsin graduan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian, UUM yang kini memegang jawatan sebagai Senior Project Manager di Avaya.

Kredit : http://malek-ict.blogspot.com/2013/04/ict-penggerak-kemajuan-wanita.html

Friday, April 19, 2013

Bengkel GMBO dan Website Hit di PI1M Yan

10pg - 12.30 tgh : Kelas website GMBO & permohonan geran RM1,000.00 bersama 11 orang peniaga pasar pagi.
Trainer: Ija CtHuraizah
Assist by : Siti Fatimah Ayob, Nurul Elani Rashid&Noor Shaziela

2.30ptg - 5.00 ptg : Kelas 'How to Increase your Website Hits' and 'Promote Your Website' bersama Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Satu Malaysia




Tuesday, April 16, 2013

Bina Web dan Mohon Geran RM 1000 SKMM di PID Kuala Kurau

 

PROMOSI PID DAN HADIRI KLINIK DR. AZIZAN


 
Ketua Zon menghadiri Berani Berniaga bersama Puan Zatul Immah Binti Jamaludin, Pengurus PID Kuala Kurau di Penang dan En Farid Bin Alias, Pengurus PID Selama di Ipoh. Di samping menimba ilmu kami mempromosi Bengkel GMBO yang akan dilaksanakan pada 15 - 18 April di kedua-dua PID. Oleh kerana semangat "Berani Berniaga" kami mengedarkan risalah Bengkel GMBO kepada usahawan sekitar tetapi malangnya dapat dikesan oleh pihak penganjur dan mengarahkan kami untuk berhenti membuat pengedaran. Kami paham, sepatutnya kami membuat surat dan meminta keizinan untuk buat edaran. Walaubagaimanapun, kami tetap redha dan tidak berputus asa untuk membantu usahawan.

Tuesday, April 9, 2013

TEMUDUGA PERINGKAT KOMUNITI BAGI PILIHAN JURUTEKNIK F17 & KERANI N17


Temuduga peringkat komuniti di @ PIDBP berjalan dgn lancar bersama Pengerusi Jawatankuasa PID untuk jawatan kontrak. 



Sunday, March 24, 2013

MENJAYAKAN PROGRAM RAKAN KERJASAMA NEF & CBER, USM “MULAKAN BISNES ANDA”



AGENDA (TENTATIF) MBA-U & M.u.a.H. @ USM 2013 (23-24 MAC)
Bengkel MBA-ict (Mulakan Bisnes Anda – versi ICT) & Malam Perangkaian Usahawan MuaH (Meet, Unite, Accelerate, Help) untuk 150 orang peserta usahawantermasuk 50 peserta staf USM dan 50 peserta pelajar (usahawan) USM, akan di adakan bertempat di Blok C sains@usm, Bukit Jambul, Pulau Pinang pada tarikh-tarikh seperti berikut:-

HARI PERTAMA (Sabtu, 23 MAC 2013)
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta (Ruang Legar Aras Lantai)
8.30 pagi : Slot 1 – Taklimat dan Pengenalan (Auditorium MMN)
10.00 pagi : Minum pagi (Ruang Legar Aras Bawah) & Sesi Bergambar
10.30 pagi : Slot 2 -Kump. A - Keusahawanan dan Pemasaran (Auditorium A)
Kump. B - Pembangunan Produk (Auditorium B)
Kump. C - Pengurusan Kewangan (Bilik Seminar 1)
1.00 ptg : Makan Tengah hari / Rehat / Solat
2.00 ptg : Slot 3 – Perbincangan dalam Kumpulan (Aiditorium A, B dan Bilik Seminar 1)
4.30 ptg : Minum Petang / Rehat / solat
5:00 ptg : Latihan Pra-pembentangan (30+ kumpulan)
7:00 ptg : Rehat /solat
8.00 mlm : Sidang Media (Bilik Mesyuarat Aras Bawah)
Perasmian Bengkel oleh Naib Canselor USM (Ruang Legar Aras Bawah)
Makan Malam
9.30 mlm : Slot 4 – MUAH (Meet.Unite.Accelerate.Help)
- PraPembentangan Peserta (10 kumpulan terpilih)
11.30 mlm : Pulang / Rehat

HARI KEDUA (Ahad, 24 MAC 2013)
8.00 pagi : Slot 5 – Penyediaan Pembentangan Akhir (Aiditorium A, B dan Bilk Seminar 1)
10.00 pagi : Minum pagi
10.30 pagi : Slot 6 – Pembentangan Akhir – 30+ kumpulan (Auditorium MMN)
1.30 ptg : Makan tengah hari / Bersurai

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...